Tuesday, September 15, 2009

Ketika dalam penerbangan Kuching-Sibu Ahad lalu (13 September 2009) saya sempat membaca komentar oleh dua orang personaliti cum kolumnis tanahair di akhbar Berbahasa Inggeris tempatan. Pertama oleh seorang blogger (saya tiba-tiba terlupa namanya) dan seorang ialah Datuk Prof Zulkifli VC USM berhubung isu dakwaan segelintir pendemo Jakarta bahawa Malaysia mencuri tarian pendet Bali. Kedua-dua kolumnis menganalisis secara terperinci isu tersebut bermula dari keserumpunan Melayu senusantara sehingga kedua-dua negara sebangsa ini wujud: Indonesia dan Malaysia. Senario hari ini kita dapat melihat betapa pergantungan masyarakat kita terhadap pekerja dari Indonesia dalam beberapa hal: pembuatan, pembinaan sehingga membancuh kopi di rumah. Bayangkan 1.8 juta warga Indonesia ini terpaksa meninggalkan negara kita atas sebab reaksi kita, apakah agaknya yang akan berlaku?