Wednesday, September 9, 2009

Apabila manusia rabun budaya..

Sekiranya sesuatu bangsa itu tidak mengetahui budaya, asas bangsa serta rumpun bangsanya, ada dua kemungkinan berlaku:

(i) Bangsa itu buta budaya
(ii) Bangsa itu rabun budaya

Apa yang berlaku di Jakarta ekoran video daripada Discovery Channel yang menggunaka tarian pendet Bali adalah satu lagi bukti betapa (i) atau (ii)-nya masyarakat berkenaan (saya kira rata-rata adalah orang Jawa) terhadap rumpun bangsa di Nusantara ini. Tuduhan mencuri tarian pendet adalah keterlaluan sehingga mahu mengadakan perang dengan kita!

Satu hal yang jelas tentang provokasi demikian ialah mereka yang terlibat saya kira tidak pernah ke Malaysia, atau mungkin pernah tetapi barangkali dalam kalangan mereka yang pernah disabit kes jenayah (dan mempunyai rasa dendam) dan dalam kalangan yang termakan hasutan (atas kejahilan susila, adab dan budaya serumpun).

Ketika suatu waktu saya berjalan kaki sepanjang jalan Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur, dari JalanRaja Alang sehingga Jalan Chow Kit adalah kini "medan Indon" (saya tahu mereka tidak gemar dengan istilah ini) kerana berbanding lima tahun yang lalu, keadaan tersebut dipenuhi hampir 90 peratus warga Indonesia yang datang secara halal atau pun haram. Pemilik warung pun hampir 90 peratus warga Indonesia. Saya dapati mereka damai dan kelihatan makmur di sini. Apakah kerajaan Indonesia terus berdiam dengan perangai segelentir rakyatnya yang berlaku kurang ajar terhadap kedaulatan Malaysia? Apakah mereka belum sedar Malaysialah jiranya yang paling perihatin bila-bila sahaja musibah dan malapetaka menimpa Indonesia?

Merek suka demonstrasi jalanan (sejak zaman dahulu lagi sudah ada 'kebebasan' demikian) dan terbawa-bawa oleh sentimen jalanan yang tidak Islami malahan jauh daripada bertemadun. Mereka pernah melaungkan (dalam salah satu demonstrasi 2008 di Jakarta) bahawa mereka "jauh lebih baik dari segi kualiti hidup berbanding Malaysia". Ini contoh kejahilan mereka yang terlibat dalam demonstrasi tersebut. Mereka luba sejak TKI diberi peluang di Malaysia, ini telah mengangkat taraf hidup malah ekonomi mereka. Saya khauatir dalam kalangan yang sering berdemo di jalanan ini adalah golongan yang sengaja mengadu-domba serta memprovokasi Malaysia. Mereka sebetulnya perlu pendidikan. Mereka tidak ada kualiti hidup yang baik. Sebagai sebuah negera Islam terbesar di dunia, apakah ini dikatakan kualiti yang baik?

Ramai orang Malaysia bertandang ke Indonesia setia tahun. Mereka faham keadaan sosial dan ekonomi di Indonesia. Yang berjumlah ratusan ribu tidak balik ke Indonesia sekarang, sama ada atas status "PATI" atau berkerja secara sah, merupakan bukti kesederhanaan sistem sosial Malaysia yang dijelmakan daripada slogan "prosper thy neighbour" yakni memakmurkan jiran tetangga (dan bukan menghasut serta menjadi petualang dalam perhubungan).

Banyak yang perlu dibuat oleh kerajaan Indonesia (di samping membersih pentadbirannya). Antaranya ialah memberi pendidikan sebaik mungkin kepada setiap rakyatnya; dengan kata lain sekolahkan dan sekolahkan semula rakyatnya yang jahil serta sama ada rabun ataupun buta budaya. Saya masih teringat akan kejatuhan Melaka: bukan pantun "papan di Jawa saya dirikan" tetapi watak di belakang kejatuhan Melaka kepada kuasa asing. Ini memberi pengajaran berkekalan kepada saya untuk terus khuatir kehadiran yang semakin bertambah orang Indonesia khususnya dari pulau Jawa di Tanah Melayu!

Wallahualam Bissawab