Saturday, March 7, 2009

Isu PPSMI... mengapa ke peringkat 'perarakan' dan 'bermemorandum'?..

PPSM menjadi semakin ranum dan gari sejak pelaksanaannya sejak lebih enam tahun yang lalu. Kini ia sampai ke peringkat popular.. 'perarakan' dan 'bermemorandum' ... dengan tujuan untuk mendapat perhatian serius pihak pemerintah. Dalam kancah dan gelojak maklumat boleh tersebar dan disebar dengan pendekatan yang begitu mudah dan cepat, nampaknya begitu sukar dan lambat untuk mendapat perhatian dan didengar pihak pemerintah. Datuk Dr. Hassan Ahmad dan Datuk A. Samad Said adalah dua tokoh utama dalam Gerakan Menghapuskan PPSMI (GMP). Mereka pastinya disokong oleh pejuang Bahasa Melayu tanahair yang saya yakin tidak sedikit. Datuk Seri Abdullah Ahmad Bedawi dalam kenyataannya telah menyeru supaya dibuat keputusan segera berhubung isu ini dengan harapan ia tidak semakain 'membarah'. Ini dilihat antara pegangan terakhir Pak Lah menjelang penyerahan kuasa PM kepada Timbalannya dan Perhimpunan Agung UMNO bulan ini.

Apa dan siapakah yang akan membuat keputusan? Bagaimana dan bilakah petutusan berhubung isu ini akan dibuat? Empat soalan tersebut pastinya perlukan jawapan pada kadar agak segera. Umpama menangani masalah gunting bedah yang terjahit dalam perut pesakit.. PPSMI perlu 'pembedahan' semula, segera, dijahit semula dan yang pasti parutnya tetap dua.