Tuesday, September 22, 2009

RE: Gelaran Datuk Ekspres... dalam kalangan pemimpin juga sudah menular

Datuk Seri Dr. Rais Yatim sekali lagi telah menarik perhatian umum dalam kenyetaannya berhubung dua isu penting: pembelian gelaran sosial dan anugerah ilmiah dalam kalangan rakyat Malaysia. Dalam keghairahan mendapat pengiktirafan status sosial terdapat segelintir individu yang sanggup mengabui mata masyarakat dengan "membeli" tersebut sama ada dari luar mahupun dari dalam negara.

Sesungguhnya beliau telah membuat suatu pendedahan yang amat penting dan amat wajar diambil tindakan dari sudut perundangan supaya imej negara tidak terjejas. Sekirany ini tidak ditangani dengan segara ia akan menjejas pembangunan ilmu serta institusi istana. Persoalannya: mengapakah merekan yang berkenaan tergamak berbuat demikian?

Berikut saya muat turun laporan Utusan Malaysia mengenai isu tersebut untuk perkongsian.

Gelaran Datuk ekspres

KUALA LUMPUR 22 Sept. – Jabatan Peguam Negara diminta memutuskan sama ada ‘pembelian’ gelaran seperti Datuk dari luar negara atau ijazah doktor falsafah (PhD) ‘secara ekspres’ merupakan perbuatan jenayah atau sebaliknya.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kegiatan membeli gelaran sosial semakin serius dan jika tidak ditangani, akan melahirkan satu generasi ‘ilmuwan palsu’.

Menurutnya, agensi kerajaan yang berkenaan perlu menilai dan merumuskan juga kaedah untuk menghalang perbuatan membeli gelaran sosial yang semakin menjadi-jadi.

Beliau memberitahu, pihak-pihak yang menggunakan gelaran palsu berkenaan harus disiasat dengan segera kerana mereka boleh ditafsir melakukan satu bentuk penipuan kepada masyarakat.

Tambahnya, perbuatan membeli gelaran sosial di negara ini sudah di tahap yang agak keterlaluan dan menjadikan budaya menipu di tahap paling tinggi serta memudaratkan masyarakat.

“Ada pemimpin muda memiliki ijazah PhD belian dan tidak diiktiraf, ini sangat serius, saya cadangkan mereka disiasat, perbuatan ini disifatkan menipu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Malah, Rais berkata, sesetengah ahli masyarakat yang berstatus pemimpin juga dikesan membeli ‘PhD ekspres’.

Katanya, selain PhD, gelaran sosial lain seperti Datuk dan Datuk Seri boleh dibeli dari luar dengan mudah.

“Cuma Tan Sri yang belum ‘dikilangkan’ lagi,” katanya.

Kata beliau, budaya membeli gelaran sosial sudah berlarutan hampir satu dekad dan pembelian dari luar adalah lanjutan daripada sikap menjual gelaran yang sama di dalam negara.

“Semasa di Jabatan Perdana Menteri dahulu saya pernah tegur beberapa negeri, apabila dikaitkan dengan kuasa-kuasa luar Malaysia, ini adalah lanjutan kepada amalan terdahulu,” katanya.

Jelasnya, ada individu yang boleh menjadi Datuk secara tiba-tiba atau umpama dalam sekelip mata.

“Dahulu gelaran istana diberikan kepada yang berjasa kepada raja dan negara, sekarang nilai-nilai itu sudah berubah menjadi nilai buruk, gelaran-gelaran penting menjadi bahan dagangan,” katanya.

Kata beliau, seorang yang membawa gelaran Dr. dalam namanya melalui Phd sepatutnya seorang yang berilmu dan membuat pencapaian tinggi.

“Kecuali undang-undang berkaitan menyamar dapat digunakan, maka perkara ini (pembelian gelaran sosial) memerlukan satu pendekatan drastik untuk ditangani,” katanya.

(UM 22 September 2009)

Tuesday, September 15, 2009

Ketika dalam penerbangan Kuching-Sibu Ahad lalu (13 September 2009) saya sempat membaca komentar oleh dua orang personaliti cum kolumnis tanahair di akhbar Berbahasa Inggeris tempatan. Pertama oleh seorang blogger (saya tiba-tiba terlupa namanya) dan seorang ialah Datuk Prof Zulkifli VC USM berhubung isu dakwaan segelintir pendemo Jakarta bahawa Malaysia mencuri tarian pendet Bali. Kedua-dua kolumnis menganalisis secara terperinci isu tersebut bermula dari keserumpunan Melayu senusantara sehingga kedua-dua negara sebangsa ini wujud: Indonesia dan Malaysia. Senario hari ini kita dapat melihat betapa pergantungan masyarakat kita terhadap pekerja dari Indonesia dalam beberapa hal: pembuatan, pembinaan sehingga membancuh kopi di rumah. Bayangkan 1.8 juta warga Indonesia ini terpaksa meninggalkan negara kita atas sebab reaksi kita, apakah agaknya yang akan berlaku?

Wednesday, September 9, 2009

Apabila manusia rabun budaya..

Sekiranya sesuatu bangsa itu tidak mengetahui budaya, asas bangsa serta rumpun bangsanya, ada dua kemungkinan berlaku:

(i) Bangsa itu buta budaya
(ii) Bangsa itu rabun budaya

Apa yang berlaku di Jakarta ekoran video daripada Discovery Channel yang menggunaka tarian pendet Bali adalah satu lagi bukti betapa (i) atau (ii)-nya masyarakat berkenaan (saya kira rata-rata adalah orang Jawa) terhadap rumpun bangsa di Nusantara ini. Tuduhan mencuri tarian pendet adalah keterlaluan sehingga mahu mengadakan perang dengan kita!

Satu hal yang jelas tentang provokasi demikian ialah mereka yang terlibat saya kira tidak pernah ke Malaysia, atau mungkin pernah tetapi barangkali dalam kalangan mereka yang pernah disabit kes jenayah (dan mempunyai rasa dendam) dan dalam kalangan yang termakan hasutan (atas kejahilan susila, adab dan budaya serumpun).

Ketika suatu waktu saya berjalan kaki sepanjang jalan Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur, dari JalanRaja Alang sehingga Jalan Chow Kit adalah kini "medan Indon" (saya tahu mereka tidak gemar dengan istilah ini) kerana berbanding lima tahun yang lalu, keadaan tersebut dipenuhi hampir 90 peratus warga Indonesia yang datang secara halal atau pun haram. Pemilik warung pun hampir 90 peratus warga Indonesia. Saya dapati mereka damai dan kelihatan makmur di sini. Apakah kerajaan Indonesia terus berdiam dengan perangai segelentir rakyatnya yang berlaku kurang ajar terhadap kedaulatan Malaysia? Apakah mereka belum sedar Malaysialah jiranya yang paling perihatin bila-bila sahaja musibah dan malapetaka menimpa Indonesia?

Merek suka demonstrasi jalanan (sejak zaman dahulu lagi sudah ada 'kebebasan' demikian) dan terbawa-bawa oleh sentimen jalanan yang tidak Islami malahan jauh daripada bertemadun. Mereka pernah melaungkan (dalam salah satu demonstrasi 2008 di Jakarta) bahawa mereka "jauh lebih baik dari segi kualiti hidup berbanding Malaysia". Ini contoh kejahilan mereka yang terlibat dalam demonstrasi tersebut. Mereka luba sejak TKI diberi peluang di Malaysia, ini telah mengangkat taraf hidup malah ekonomi mereka. Saya khauatir dalam kalangan yang sering berdemo di jalanan ini adalah golongan yang sengaja mengadu-domba serta memprovokasi Malaysia. Mereka sebetulnya perlu pendidikan. Mereka tidak ada kualiti hidup yang baik. Sebagai sebuah negera Islam terbesar di dunia, apakah ini dikatakan kualiti yang baik?

Ramai orang Malaysia bertandang ke Indonesia setia tahun. Mereka faham keadaan sosial dan ekonomi di Indonesia. Yang berjumlah ratusan ribu tidak balik ke Indonesia sekarang, sama ada atas status "PATI" atau berkerja secara sah, merupakan bukti kesederhanaan sistem sosial Malaysia yang dijelmakan daripada slogan "prosper thy neighbour" yakni memakmurkan jiran tetangga (dan bukan menghasut serta menjadi petualang dalam perhubungan).

Banyak yang perlu dibuat oleh kerajaan Indonesia (di samping membersih pentadbirannya). Antaranya ialah memberi pendidikan sebaik mungkin kepada setiap rakyatnya; dengan kata lain sekolahkan dan sekolahkan semula rakyatnya yang jahil serta sama ada rabun ataupun buta budaya. Saya masih teringat akan kejatuhan Melaka: bukan pantun "papan di Jawa saya dirikan" tetapi watak di belakang kejatuhan Melaka kepada kuasa asing. Ini memberi pengajaran berkekalan kepada saya untuk terus khuatir kehadiran yang semakin bertambah orang Indonesia khususnya dari pulau Jawa di Tanah Melayu!

Wallahualam Bissawab