Saturday, November 22, 2008

mengenang ilmuan .. ..

Ilmuankah guru? Soalan ini sering menyelinap di sanubari para pendidik. Mereka berdepan dengan banyak harapan dan tentangan khususnya yang berkaitan dengan tugas, profesion dan pentadbiran seharian di sekolah, pejabat dan sebagainya. Dalam salamhsatu kata-katanya yang sering dirujuk sebagai "Maxim for Revolutionist" pada awal abad ke -20, George Bernard Shaw mengungkap, "He who can, does. He who cannot, teaches". Banyak tafsiran ke atas kata-kata Shaw ini. Saya cenderung mengaitkan kata-kata ini atau lebih tepat aplikasi kata-kata ini dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan di Malaysia. Struktur dan sistem adalah dua aspek yang menjad fokus keperihatninan saya sejak perubahan yang amat drastik sejak 1998 lagi. Pemimpin pendidikan tertinggi sebelum berlakunya perubahan tadi ialah ketua pengarah pendidikan Malaysia. Kini ada dua kementerian yang menerajui pendidikan negara, kementerian pelajaran dan kementerian pengajian tinggi; suatu kewujudan yang saya kira sudah pastinya telah mengambil kira segala aspek (barang kali). Namun, apabila kita merenung tugas guru dan pensyarah serta tenaga pengajar di semua institusi pendidikan di negara ini (apapun gelarannya!), ada sesuatu yang perlu dilakukan supaya mereka mampun duduk berunding tentang profesion yang mereka ceburi itu adalah sebagai pendidik. Pendidik adalah ilmuan. Ilmuan ialah seorang yang berilmu, banyak ilmu, sentiasa menambah ilmu dan memperbaharui ilmu di samping berkongsi ilmunya.
Berbalik kepada kata-kata Shaw, persoalan yang guru-guru depani ialah: Apakah guru tidak pandai mengurus dan mentadbir? Dan guru hanya pandai di bilik darjah sahaja, kerja mengurusa dan mentadbir diserahkan kepada "orang management" yang dikira lebih hebat daripada guru. Maka orang-orang ini akan mencanang di setiap ceruk dan tanjung bahawa guru tidak layak menjadi pentadbir dan pengurus kerana mereka guru (aplikasi kata-kata Shaw).

Struktur dan sistem yang sedia ada dilaksanakan atas persepsi (mungkin secara kebetulan) kata-kata Shaw.

Ilmuan dan pengajar

Saya teringat kata-kata Bernard Shaw, "