Tuesday, May 20, 2008

SAMBUTAN HARI GURU NEGERI SARAWAK 2008


Sunday, May 18, 2008

HARI GURU 2008... antara hadiah atau hak tertangguh?

'Guru Cemerlang, Negara Terbilang' telah dipilih sebagai tema sambutan hari guru tahun ini yang telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Abadullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia. Dalam Pelancaran tersebut telah diumumkan beberapa 'insentif baru' guru berkuatkuasa serta merta, viz-a-viz, kenaikan pangkat melibatkan guru-guru dari kategori DGA29 yang telah berijazah untuk dinaikkan ke kategori DG44 tanpa menunggu tempoh biasa 10 tahun. Perkiraan menurut kaedah baru ini ialah mereka boleh dinaikkan ke kategori DG44 dalam tempoh 7 tahun setelah berada di kategori DG41, yakni dengan mengambilkira perkhidmatan sepanjang berada di kategori DGA29 iaitu setiap tiga tahun dalam DGA29 sama dengan setahun di kategori DG41, terhad kepada maksimum 3 tahun.

Sebetulnya apa yang telah diumumkan 16 Mei lalu adalah kes tertangguh yang selama ini sentiasa diperjuangkan kesatuan-kesatuan guru seluruh negara. Dalam perjumpaan dengan salah sebuah kesatuan kira-kira dua bulan yang lalu, saya turut mendengar rasional kes-kes yang bakal mereka bawa dalam pertemuan dengan KSN. Soalnya: sikap kurang prihatin pihak kementerian dan JPA khususnya, adalah punca 'hadiah' tersebut menjadi tertangguh. Malah banyak lagi yang belum dilaksanakan dan telahpun disebut-sebut di sekitar akhir 80-an sehingga Menteri Pelajaran silih berganti dan ada juga yang memegang kementerian itu untuk kali kedua namun tuntutan guru-guru tetap diabai. Isu kenaikan gaji berdasarkan kelulusan (Sarjana dan kedoktoran), kekanan dan kenaikan pangkat secara automatik, isu-isu ketaktelusan LNPT dan kecelaruan pengurusan PTK. Kini soal beban tugas guru mendapat perhatian Perdana Menteri. Ini telah saya bincang dalam hal kuota guru yang sewajarnya dihalusi dengan menyelesaikan soal pokok tugas-tugas guru di sekolah.

Kesuluruhan isu berkaitan dengan tugas, jawatan dan kerja dan gaji guru adalah berpunca daripada soal pokok yang mesti diselesaikan 'once and for all" iaitu urusan tersebut mestilah diserahkan kepada profesion itu sendiri. Dengan kata lain SPP mesti diberi tanggungjawab meluas. Untuk memainkan peranan tersebut SPP mesti dianggotai oleh bekas-bekas guru dan DG-DG yang sedang berkhidmat untuk menerajui perancangan sumber manusia perjawatan guru; BUKAN orang lain yang tidak tahu-menahu soal perancangan dan pengurusan pendidikan.
Sehingga pertimbangan tersebut tidak dibuat oleh pihak berkuasa, negara ini akan terus menghadapi kecelaruan pengurusan hal-hal jawatan dan beban tugas guru pada masa akan datang.

"Selamat hari guru dan salam perpaduan buat semua guru
di Malaysia"