Monday, March 26, 2012

It has been quite sometime this blog has not been updated. I must admit that most of the time has been with FB. It conquered gradual personal space each day since 2009. Many thanks to those who followed. The next couple of weeks I try to provide updates. I am pond of sharing the recent visit I made to Uzbekistan. And will upload some photos. Until then, cheers and keep patience.

Wednesday, November 24, 2010

2011.. debaran dan harapan dalam pendidikan tanahair


2011 menjelang tiba. 2010 telah mewarnai banyak aspek dan pembangunan pendidikan negara. keputusan UPSR telahpun diumumkan. Tiga keputusan yang dinanti-nanti ialah PMR SPM dan STPM. Sekolah rendah akan dinafasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang sekarang sedang disebar di setiap daerah seluruh negara.

Alhamdulillah Persidangan PPD seluruh negara (22-25 November 2010, IAB Genting Highlands) telah banyak mengupas isu-isu pengurusan pendidikan negara. Semoga 2011 pengrusan pendidikan akan lebih baik dari 2010 khususnya dari segi peruntukan kewangan kepada sekolah-sekolah. Isu besar 2010 melibatkan peruntukan kewangan sekolah-sekolah amat menjejas perjalanan kegiatan pendidikan di sekolah dan daerah. Sekolah - sekolah tidak dapat menghantar penyertaan dalam kegiatan kokuriklum.

Pelantikan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang baru telah diumumkan oleh YAB TPM dan Menteri Pelajaran. Yang Hormat (gelaran Pahang) Dato' Abdul Ghafar Mahmud, mantan Pengarah IAB dilantik sebagai KPPM yang baru menggantikan TS Haji Alimuddin. Dato' Ghafar merupakan seorang pemimpin pendidikan yang amat teliti dan detail dari segi membuat keputusan. Di IAB kehadiran beliau, walaupun singkat telah berjaya menggarakkan banyak aktiviti serta perubahan. Syabas dan tahniah Dato'.






Sunday, January 31, 2010

Gelaran, singakatan dan nilai pada nama

Kita sering mendapat kad perniagaan (Business Card) daripada seseorang. Baru-baru ini saya menerima kad daripada seseorang yang baru dikenali ketika sedang minum bersama dua rakan lain. Orang ini mengenali salah seorang rakan saya (seorang peguam/pensyarah di sebuah Kolej Swasta). Kami bertiga kemudian meneliti kad tersebut sebaik sahaja orang ini beredar. Kenalan saya yang yang mengenali orang ini memulakan cerita dengan memberitahu kami bahawa orang ini merupakan kenalan lama dan mereka tidak tidak berjuma sejak lebih 20 tahun sehinggalah pagi itu. Beliau pernah menjadi seorang anggota keselamatan. Pada kad yang telah diberikan kepada kami tertera gelaran, kelulusan dan jawatan yang disandang serta cukup menakjubkan kami bertiga. Maka mai membuat sedikit analisis urutan masa dan usia orang itu.

Saya telah menceritakan kepada dua orang rakan saya itu pengalaman saya berkaitan dengan kad perniagaan (saya lebih suka merujuknya sebagai kad nama sahaja kerana tidak semua yang mempunyai "Business Card" itu ada business walaupun nampak busy!). Ada kalanya saya menerima kad nama daripada orang yang sama sebayak tiga kali dengan "nature of business" yang berbeza dalam tempoh kurang setahun! Ada juga yang memberi dua kad serentak menunjukkan dia ada dua "business" berlainan/berbeza pada masa yang sama.

Sejak dua tahun kebelakangan ini, saya gemar membuat sedikit "penyelidikan" terhadap setiap kad yang saya terima. Yang saya ingin kepastian ialah: "the nature of Business", "abjad-abjad hiasan" yang mengikuti namanya dan butiran lain yang mungkin saya ingin maklumat lebih lanjut.

Kesimpulan yang dapat saya kongsi dengan dua rakan saya ini ialah ramai yang mempunyai abjad yang meragukan serta gelaran yang diperoleh secara yang meragukan. Contoh: Gelaran Datuk daripada sumber yang tidak diikhtiraf dan upaya secara "{BDP} beli-dan-pakai" (istilah seorang teman saya), abdjad singkatan kelulusan yang palsu dan dari institusi pengajian yang sama ada tidak wujud, langsung, sudah tidak wujud lagi atau ala "{BTP} beli-terus-pakai").

Ada yang terlalu ghairah dengan singkatan kelulusan ilmiah ini (pada perkiraan saya sekolahnya setakat peringkat menengah) amat jahil tentang bagaimana kelulusan ini dilalui dan diperolehi secara benar. Umpamanya, kalau di universiti tempatan masa untuk Ijazah asas ialah antara 3-4 tahun secara sepenuh masa (selain MBBS dan BDS); Sarjana pula ialah 18-24 bulan dan kedoktoran 3-5 tahun. Kalau tercatat pada kad itu: B.A. (Hons.), (UM), 1999, M.Sc (UPM) 2001 dan Ph.D (Chicago State) 2003 maka orang ini memang hebat, lebih-lebih lagi bidang yang dinyatakan ialah Political Science! Malah saya pernah menyimpan satu kad yang menunjukkan begini: BSc, B.Ed. MEd (1988-1989) serta tercatatlah nama universitinya (saya tidak dedah di sini).

Pada perkiraan kami bertiga, ada manusia apabila dia inginkan sesuatu dia tertipu oleh usaha ingin menipunya itu! Maksud kesimpulan ini ialah: kalau seseorang ingin menipu, dia mesti bijak dan kelihatan kebijaksanaan dalam hasil tipuannya itu, yakni masuk akal (walaupun menipu!). Contoh yang kita bincang di atas adalah contoh menunjukkan betapa seseorang apabila ingin menipu (orang lain) dia sendiri kena tipu oleh dirinya terlebih dahulu!


Rakan saya yang peguam/pensyarah tadi memberitahu bahawa di negara kita belum ada undang-undang mengawal penggunaan kad nama ini. Maksudnya, dibolehkan kerana ia adalah "perhiasan" diri individu yang saya kira sama juga seperti baju, celana, wangian dan sebagainya, sepanjang termampu oleh sipemakai. Kalau dalam syariat Islam bab pakaian ini ada tegahan supaya tidak menjolok mata (tafsiran Melayu), yakni di samping menutup aurat.

Saya memberitahu dua orang rakan ini: Gelaran dan singkatan pada kad itu amat menjolok mata saya!

Tuesday, January 19, 2010

Perkongsian kemahiran keibubapaan..

10 Oktober 2009 yang lalu saya berkesempatan bercakap kepada kira-kira 300 orang ibu dan bapa SKM Datuk Patinggi Kedit Betong atas jemputan yang agak sekian waktu tertunda kerana jadual yang agak ketat pada penghujung tahun. Dr. Lambat telah merasionalkan jemputan beliau terhadap saya adalah untuk berkongsi pengalaman saya sebagai guru (yang agak tua) yang telah meniti arus serta perjalanan kerjaya bermula dari sekolah rendah.

Sebetulnya ibu bapa di daerah luar bandar serta pedalaman di mana pun di negeri Sarawak ini telah terbina dalam sanubari mereka ingin memajukan pendidikan anak-anak. Begitu juga di Daerah Betong. Mereka gigih segigih ibu bapa di Bakong Miri (yang saya temui sekitar Mei 2008 semasa program kembara pendidikan bersama yayasan Sarawak). Bagi ibu bapa yang telah terdedah dengan banyak program pemerintah sama ada yang berbentuk kesedaran, pendedahan dasar baru mahupun pemantapan program pendidikan sedia ada, satu ruang yang saya kira amat wajar mereka manfaatkan ialah kemahiran berterusan memandu pelajaran anak-anak. Itu hanya mereka perolehi daripada guru-guru yang mengajar anak-anak mereke di sekolah berkenaan. mereka perlu sering bertemu guru. Guru perlu ada program bersama ibu dan bapa secara berjadual.

Dalam kesempatan perkongsian seperti di SMK Datuk Patinggi Kedit, saya tertarik dengan usaha gigih sekolah dan persatuan ibu bapa yang mahukan titik perefahaman guru-ibu-bapa dimantapkan ke tahap lebih cemerlang dan seterusnya menjadi tradisi sekolah demi pelajaran anak-anak.

Seperti selalunya, saya akan memberi tahu ibu bapa bahawa saya bukan contoh bapa yang terbaik dengan sekadar tioga orang cahaya mata (disambut dengan ketawa oleh ibu bapa) dan dalam kalangan ibu bapa yang hadir khususnya yang telah sejak anak mereka ber sekolah di sekolah rendah dan tinggal di asrama yang tidak sepertinya itu, mereka itulah contoh terbaik kerana keberanian mereka berpisah dengan anak-anak pada usia anak mereka yang begitu muda. Merekalah contoh dan sebahagian daripada lebih10,000 keluarga yang mempunyai anak yang tinggal di asrama sekolah rendah di seluruh negeri Sarawak ini. Syabas dan tahniah kepada ibu bapa ini dan semoga anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran di sekolah.

Saturday, November 14, 2009

of leadership: from heroic to intoxicated leaders

Dr.Ibrahim, as usual put forward many new options for school and education leaders and managers to ponder on their position at their respective situation. The schools and education institutions in this country can opt to have the various nbtypes of leadership. This is based on the ten quests he outlined as follows:
1. The quest for simplicity
2. The quest for clarity
3. The quest for goodness and authenticity
4. The quest for the rights and responsibilities of all
5. The quest for more knowledge and right knowledge (Knowledge pursuit leaders)
6. The quest for connections and meaning making
7. The quest of self-knowledge
8. The quest for historical literacy
9. The quest for time resource and other resources: timelines, time frames, time periods and targets
10. The quest for balance: The universal and the parochial
He was presenting a key note address for the 1st Regional conference on educational leadership and management held at IAB Utara Jitra 10-12 November 2009. The conference was attended by about 200 participants from 6 countries including Malaysia and was officiated by Deputy Prime Minister and Minister of Education, Tan Sri Muhidin Yassin.

Thursday, November 5, 2009

Mengembalikan kebitaraan IAB


Dalam mukaddimahnya kepada 52 orang Ketua Pusat, Ketua Jabatan, Pensyarah Kanan IAB pada 3 November 2009 bertempat di Residence Felda Tekam Jengka Pahang, Datuk Abdul Ghafar Mahmud, Pengarah IAB yang baru telah menggariskan perancangan persepektif IAB untuk lima tahun (2011-2015). Antaranya meneliti semula (revisit) core-business IAB. Beliau berhasrat menyahut seruan dan tuntutan semasa dalam pembangunan pendidikan tanahair.

Apakah kebitaraan IAB yang sebenarnya yang membolehkan ia menjadi antara pemain global dalam pengurusan dan kepimpinan pendidikan? Sesi tiga hari itu amat padat dengan input melalui refleksi yang diagihkan melalui pusat dan cawangan IAB. Perspektif IAB menjelang era baru 2011 apabila dua kampus baru siap (Nilai dan Cawangan Sarawak) ialah memastikan adanya kebitaran setiap cawangan yang memenuhi adicita tersebut di atas.

Datuk Ghafar juga telah menyingkap lembaran baru untuk IAB apabila beliau menyatakan struktur baru IAB 2011 apabila IAB Induk berpindah ke Kampus Nilai dengan tiga cawangan iaitu Sri Layang, Utara dan Sarawak dan empat Urus Setia di Zon Johor, Pantai Timur, Perak dan Sabah. Ini merupakan manifestasi kepada lonjakan profesionalisme berterusan pendidikan dan lingkungan keguruan di Malaysia seperti yang dihasratkan dalam PIPP (2006-2010). IAB dijangka bergerak lebih dinamik, proaktif dan agresif menangani persoalan dalam pembangunan pendidikan tanahair.

Tuesday, September 22, 2009

RE: Gelaran Datuk Ekspres... dalam kalangan pemimpin juga sudah menular

Datuk Seri Dr. Rais Yatim sekali lagi telah menarik perhatian umum dalam kenyetaannya berhubung dua isu penting: pembelian gelaran sosial dan anugerah ilmiah dalam kalangan rakyat Malaysia. Dalam keghairahan mendapat pengiktirafan status sosial terdapat segelintir individu yang sanggup mengabui mata masyarakat dengan "membeli" tersebut sama ada dari luar mahupun dari dalam negara.

Sesungguhnya beliau telah membuat suatu pendedahan yang amat penting dan amat wajar diambil tindakan dari sudut perundangan supaya imej negara tidak terjejas. Sekirany ini tidak ditangani dengan segara ia akan menjejas pembangunan ilmu serta institusi istana. Persoalannya: mengapakah merekan yang berkenaan tergamak berbuat demikian?

Berikut saya muat turun laporan Utusan Malaysia mengenai isu tersebut untuk perkongsian.

Gelaran Datuk ekspres

KUALA LUMPUR 22 Sept. – Jabatan Peguam Negara diminta memutuskan sama ada ‘pembelian’ gelaran seperti Datuk dari luar negara atau ijazah doktor falsafah (PhD) ‘secara ekspres’ merupakan perbuatan jenayah atau sebaliknya.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kegiatan membeli gelaran sosial semakin serius dan jika tidak ditangani, akan melahirkan satu generasi ‘ilmuwan palsu’.

Menurutnya, agensi kerajaan yang berkenaan perlu menilai dan merumuskan juga kaedah untuk menghalang perbuatan membeli gelaran sosial yang semakin menjadi-jadi.

Beliau memberitahu, pihak-pihak yang menggunakan gelaran palsu berkenaan harus disiasat dengan segera kerana mereka boleh ditafsir melakukan satu bentuk penipuan kepada masyarakat.

Tambahnya, perbuatan membeli gelaran sosial di negara ini sudah di tahap yang agak keterlaluan dan menjadikan budaya menipu di tahap paling tinggi serta memudaratkan masyarakat.

“Ada pemimpin muda memiliki ijazah PhD belian dan tidak diiktiraf, ini sangat serius, saya cadangkan mereka disiasat, perbuatan ini disifatkan menipu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Malah, Rais berkata, sesetengah ahli masyarakat yang berstatus pemimpin juga dikesan membeli ‘PhD ekspres’.

Katanya, selain PhD, gelaran sosial lain seperti Datuk dan Datuk Seri boleh dibeli dari luar dengan mudah.

“Cuma Tan Sri yang belum ‘dikilangkan’ lagi,” katanya.

Kata beliau, budaya membeli gelaran sosial sudah berlarutan hampir satu dekad dan pembelian dari luar adalah lanjutan daripada sikap menjual gelaran yang sama di dalam negara.

“Semasa di Jabatan Perdana Menteri dahulu saya pernah tegur beberapa negeri, apabila dikaitkan dengan kuasa-kuasa luar Malaysia, ini adalah lanjutan kepada amalan terdahulu,” katanya.

Jelasnya, ada individu yang boleh menjadi Datuk secara tiba-tiba atau umpama dalam sekelip mata.

“Dahulu gelaran istana diberikan kepada yang berjasa kepada raja dan negara, sekarang nilai-nilai itu sudah berubah menjadi nilai buruk, gelaran-gelaran penting menjadi bahan dagangan,” katanya.

Kata beliau, seorang yang membawa gelaran Dr. dalam namanya melalui Phd sepatutnya seorang yang berilmu dan membuat pencapaian tinggi.

“Kecuali undang-undang berkaitan menyamar dapat digunakan, maka perkara ini (pembelian gelaran sosial) memerlukan satu pendekatan drastik untuk ditangani,” katanya.

(UM 22 September 2009)